HomePage-1800x875 IMG-20180403-WA0000 np300BS urvan xtrail_xtremer
spacer
spacer

SELAMAT DATANG KE NISSAN KUALA TERENGGANU

Kami menyediakan semua jenis kereta Nissan yang ada untuk pasaran Malaysia.
Call/sms/whatsapp +6013-9900147untuk info atau tempahan.

KERETA POPULAR NISSAN

Nissan USA telah mengumumkan harga dan perincian bagi GT-R 2018, termasuk varian GT-R Pure. Dijual pada harga bermula USD99,990 (RM424,189), GT-R Pure dijanakan oleh enjin 3.8 liter pengecas turbo-berkembar V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 565 hp. Bagi enjin ini, setiap silinder turut menampilkan lapisan unik plasma pada bahagian dindingnya, dengan sistem pengambilan persendirian bagi setiap bank silindernya. Pengecas turbo berkembar yang penuh berkuasa ini juga mengambil kelebihan daripada rekabentuk Premium Midship (PM) untuk keseimbangan yang lebih optimum.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi dwi-klac enam-kelajuan dengan tiga mod-pemanduan. Apabila pemanduan menggunakan R-Mode, transmisinya bertukar dengan lebih pantas iaitu dalam tempoh 0.15 saat. Selain itu, ia turut ditampilkan dengan ATTESA E-TS® All-Wheel Drive (AWD) yang menghantar tork ke roda belakang, dan roda hadapan dalam pembahagian 50% setiapnya. Malah turut memberikan respon yang lebih optimum bagi stereng, sekaligus meningkatkan keyakinan dalam pemanduan AWD.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan sistem suspensi Bilstein® DampTronic® yang mengawal peredam penyerap hentak boleh laras. Ia turut ditampilkan dengan tiga mod pemilihan pemanduan dan membantu mengawal kelajuan kenderaan, pendikitan, tork, engine rpm dan brek serta pengendalian yang lebih optimum.

Selain itu, lain-lain elemen yang membantu pengendalian, termasuk Advanced Vehicle Dynamic Control (VDC) dan sistem brek Nissan/Brembo® turut ditampilkan.

Untuk bahagian luarannya, ia dilengkapi dengan lampu utama multi-LED, lampu belakang LED, roda aloi Super-lightweight 20-inci, ekzos titanium.

Nissan GT-R Pure ini turut ditawarkan dengan Pakej Dalaman Premium baharu ‘Kuro Night’. Selain sistem paparan Driver-configurable Multi-Function yang bekerjasama dengan Polyphony Digital®, pereka pemainan perlumbaan Gran Turismo®, untuk sistem intuitif seperti prestasi pemanduan, pendikiran, data g-force dan sebagainya serta sistem Navigasi Nissan dengan skrin bersaiz lapan-inci, NissanConnect® Services dikuasakan oleh SiriusXM® bagi sambungan telefon pintar, sambungan Apple CarPlay, Paparan RearView, butang penghidup enjin pintar, sistem audio Bose dengan 11-pembesar suara dan tempat duduk balutan kulit.

 

 

MAZANI
NISSAN KUALA TERENGGANU

Hai, saya Mazani (Nissan Kuala Terengganu). Saya merupakan  Sales Advisor Nissan Malaysia . Kepakaran saya ialah membantu pelanggan-pelanggan saya mendapatkan kereta Nissan Idaman mereka. Hubungi Saya di +6013-9900 147 jika anda mahu saya bantu anda dapatkan kereta Nissan Idaman Anda.

MENGAPA MEMILIH KAMI

Nasihat Kewangan
Kami bantu anda merancang kewangan untuk membeli kereta Nissan yang menjadi idaman anda.
Perkhidmatan Yang Cepat & Pantas
Kami bantu untuk dapatkan kereta Nissan idaman anda dengan secepat yang mungkin. Tempah sekarang.
Pilihan Kereta Yang Banyak
Kami menyediakan semua jenis kereta Nissan yang available untuk pasaran Malaysia.
Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak.