HomePage-1800x875 IMG-20180403-WA0000 np300BS urvan xtrail_xtremer
spacer
spacer

SELAMAT DATANG KE NISSAN KUALA TERENGGANU

Kami menyediakan semua jenis kereta Nissan yang ada untuk pasaran Malaysia.
Call/sms/whatsapp +6013-9900147untuk info atau tempahan.

KERETA POPULAR NISSAN

Bila bercakap pasal pusat jualan kereta biasanya kita akan terlintas ruang pameran yang besar dan serba lengkap. Jurujual yang berpakaian kemas bertali leher dan bercakap lembut gigi dari lidah (dengan syarat anda berpakaian kemas, kalau pakai selipar sebelah mata pun tak pandang). Itu belum campur mesin ekspresso dan kemudahan permainan untuk kanak-kanak.

 

Tapi itu dulu, kini pusat jualan kereta konsep baru telah dilancarkan di London. Menariknya ia juga merupakan pusat jualan terkecil di dunia kerana hanya menggunakan sebuah pondok telefon awam. Ia dimiliki oleh Peugeot dan memulakan operasinya pada 12 September lalu di Russel Square. Ia memang sebuah pondok telefon awam biasa tetapi telah diubahsuai menjadi ruang pameran atas talian oleh Peugeot.

Pelanggan cuma perlu masuk dan menggunakan sistem pesanan atas talian perbankan elektronik. Selepas berjaya mengakses masuk ke dalam sistem mereka perlu memasukkan kod yang boleh diperolehi dari laman web Peugeot Russel Square. Di dalam ‘pondok telefon Peugeot’ ini terdapat sebuah tablet yang disambungkan ke portal perbankan elektronik di mana mereka boleh melayari, memilih dan merancang pembiayaan untuk kereta baru mereka dalam masa beberapa minit sahaja.

“Beberapa tahun dahulu, proses membeli kereta melibatkan anda membaca pelbagai risalah dan brosur tentang model-model yang ingin anda beli. Itu belum termasuk membuat lawatan tidak rasmi ke bilik-bilik pameran kereta. Kini, memandangkan kereta merupakan aset kedua paling penting dalam hidup manusia, ia boleh dilakukan di mana sahaja, walaupun dari sebuah pondok telefon awam”, kata David Peel, pengarah bahagian jenama Peugeot.

Sistem pesanan atas talian syarikat ini juga sudah berfungsi sepenuhnya dan pesanan pertama diterima dalam masa hanya dua belas jam selepas is dilancarkan. Sejak dari itu, sudah hampir sejuta pengguna mengaksesnya untuk melihat pilihan  konfigurasi kereta yang ingin ditempah. Mereka juga menerima lebih daripada 35,000 pesanan untuk menukar alat ganti kereta.

Model yang paling popular ditempah melalui sistem ini ialah Peugeot 208. Daripada lima kenderaan yang ditempah, dua merupakan Peugeot 208.

Kalau sistem ni diwujudkan di Malaysia mesti menarik bukan? Cuma satu je yang susah nak ubah, mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Rasa-rasa berapa lama tablet tu ada kat situ kalau letak dalam pondok telefon sekitar Kuala Lumpur? Silap-silap dengan pondok tu sekali ada dekat kedai besi buruk.

 

 

MAZANI
NISSAN KUALA TERENGGANU

Hai, saya Mazani (Nissan Kuala Terengganu). Saya merupakan  Sales Advisor Nissan Malaysia . Kepakaran saya ialah membantu pelanggan-pelanggan saya mendapatkan kereta Nissan Idaman mereka. Hubungi Saya di +6013-9900 147 jika anda mahu saya bantu anda dapatkan kereta Nissan Idaman Anda.

MENGAPA MEMILIH KAMI

Nasihat Kewangan
Kami bantu anda merancang kewangan untuk membeli kereta Nissan yang menjadi idaman anda.
Perkhidmatan Yang Cepat & Pantas
Kami bantu untuk dapatkan kereta Nissan idaman anda dengan secepat yang mungkin. Tempah sekarang.
Pilihan Kereta Yang Banyak
Kami menyediakan semua jenis kereta Nissan yang available untuk pasaran Malaysia.
Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak.