HomePage-1800x875 IMG-20180403-WA0000 np300BS urvan xtrail_xtremer
spacer
spacer

SELAMAT DATANG KE NISSAN KUALA TERENGGANU

Kami menyediakan semua jenis kereta Nissan yang ada untuk pasaran Malaysia.
Call/sms/whatsapp +6013-9900147untuk info atau tempahan.

KERETA POPULAR NISSAN

Bagi tahun 2018, Nissan 370Z telah diperbaharui dengan sedikit perubahan estetik untuk menjadikannya lebih ‘kontemporari’. Model dua pintu pengganti kepada 350Z ini telah berada di dalam pasaran sejak tahun 2009.

Perubahan bahagian luar kenderaan ini boleh dilihat pada lampu hadapan yang mempunyai lapisan gelap, kemasan hitam pada pembuka pintu dan bampar belakang, serta lampu kombinasi di belakang (untuk model Nismo sahaja). Rekaan rim 19 inci baru turut ditampilkan untuk semua varian, manakala pilihan warna turut ditambah dengan warna merah metalik.

Di sebalik badannya, spesifikasi mekanikal 370Z masih lagi sama seperti sebelum ini, dengan menggunakan enjin V6 NA 3.7 liter berkuasa 323 hp secara standard, atau 350 hp untuk versi Nismo. Enjin ini dipadankan dengan sama ada kotak gear automatik tujuh kelajuan atau manual enam kelajuan, yang diperbaharui dengan klac berprestasi tinggi daripada Exedy.

Versi manual tiga pedal ini juga menampilkan ciri Synchro Rev Control seperti model sebelum ini, yang dapat membantu penurunan gear dengan melakukan blip untuk menyamakan putaran enjin semasa memperlahankan kenderaan. Di dalam, 370Z baru ini mendapat pilihan tambahan sistem hiburan dan informasi NissanConnect Premium, yang termasuk skrin sesentuh tujuh inci, navigasi satelit, pemain DVD dan kamera undur.

Nissan 370Z 2018 yang dipertingkat ini boleh didapati terus di Eropah, manakala versi Nismo dan Roadster kekal tidak berubah untuk pasaran tahun ini.

 

 

MAZANI
NISSAN KUALA TERENGGANU

Hai, saya Mazani (Nissan Kuala Terengganu). Saya merupakan  Sales Advisor Nissan Malaysia . Kepakaran saya ialah membantu pelanggan-pelanggan saya mendapatkan kereta Nissan Idaman mereka. Hubungi Saya di +6013-9900 147 jika anda mahu saya bantu anda dapatkan kereta Nissan Idaman Anda.

MENGAPA MEMILIH KAMI

Nasihat Kewangan
Kami bantu anda merancang kewangan untuk membeli kereta Nissan yang menjadi idaman anda.
Perkhidmatan Yang Cepat & Pantas
Kami bantu untuk dapatkan kereta Nissan idaman anda dengan secepat yang mungkin. Tempah sekarang.
Pilihan Kereta Yang Banyak
Kami menyediakan semua jenis kereta Nissan yang available untuk pasaran Malaysia.
Penghantaran Percuma
Penghantaran percuma ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak.