×

Message

Debug output of Perfect Link with Article Images on Facebook

Check this page in Facebook Object Debugger to reload cache

og:title - JPJ Perlis kutip RM12.2j bagi nombor pendaftaran RR
og:type - article
og:url - http://nissankt.com/index.php/artikel/54-jpj-perlis-kutip-rm12-2j-bagi-nombor-pendaftaran-rr?tmpl=component&print=1&page=
og:site_name - Nissan Kuala Terengganu
og:image - images/2018-Rolls-Royce-Phantom-details-9-630x420.jpg

Awal bulan ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengumumkan berjaya memperoleh sebanyak RM7.2 juta menerusi siri pendaftaran nombor kenderaan baharu ‘RR’ bagi negeri berkenaan iaitu lebih RM100,000 berbanding ‘RM’. Terkini, JPJ Perlis mengumumkan secara keseluruhan kutipan yang berjaya diperoleh menerusi ‘RR’ ialah mencecah RM12.2 juta.

Menurut jurucakap JPJ Perlis Mohd Tarmizi Ghazali, bidaan yang ditutup pada 19 Jun lalu menerima sebanyak 7,960 bidaan untuk siri pendaftaran tersebut, laporan Bernama.

Beliau menambah, nombor yang dianggap ’emas’ iaitu daripada dua hingga 10, dengan bidaan minimum RM10,000, berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM2.6 juta.

“Ini menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap nombor plat RR ini adalah luar biasa, dan jumlah kutipannya adalah yang terbesar bagi JPJ Perlis,” ujarnya menerusi kenyataan media semalam.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berjaya membida ‘RR6’ dan ‘RR9’, dengan kos masing-masing RM459,000 dan RM396,800. Manakala Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pula berjaya membida ‘RR11’ dengan harga RM268,400. Namun sehingga sekarang, tidak didedahkan siapakah pemilik ‘RR 1’.