10 POINT - KENAPA ENJIN ADA YANG DI DEPAN, DI TENGAH DAN DI BELAKANG? - Nissan Kuala Terengganu

10 POINT – KENAPA ENJIN ADA YANG DI DEPAN, DI TENGAH DAN DI BELAKANG?

Hi,Saya Mazani
Certified Nissan Professional

DISKAUN TERTINGGI

TRADE IN DITERIMA

HARGA TRADE IN TERTINGGI

PENGHANTARAN PERCUMA

DOOR 2 DOOR SERVICE

INTEREST RENDAH

10 POINT – KENAPA ENJIN ADA YANG DI DEPAN, DI TENGAH DAN DI BELAKANG?

Lokasi enjin secara amnya ada di tiga tempat – di hadapan kenderaan, di tengah atau di belakang.

Kami kongsikan kenapa lokasi itu dipilih.

porsche 911
Porsche 911 tetap mengekalkan enjin di atas gandar belakang.

1. Enjin Belakang (Rear- Engine) sebenarnya digunakan oleh kenderaan sejak awal lagi. Contoh terbaik ialah Volkswagen Beetle dan kerana enjinnya di belakang, ruang but adalah lebih besar (untuk zaman 1940-an) serta cengkaman maksimum membolehkan lebih banyak ia memberi pemanduan yang lebih bertenaga (berat enjin memberi tekanan ke atas roda belakang).

2. Namun begitu, selepas munculnya Austin Mini dengan enjin hadapan serta pacuan roda hadapan, pasaran kenderaan enjin belakang hanya berfokus kepada kenderaan perlumbaan atau kereta sport. Contoh terbaik ialah Porsche 911.

3. Dengan enjin berada di belakang, digabungkan dengan Pacuan Roda Belakang (RWD), pemandu yang terlatih akan merasakan kenikmatan cengkaman maksimum serta lontaran tenaga yang lebih padat. Sayangnya, ia memerlukan latihan kawalan yang tinggi kerana ia mudah untuk oversteer (drift tanpa kawalan).

4. Enjin Tengah (Mid Engine) pula sebenarnya bukanlah enjin itu berada betul-betul di tengah, tetapi di bahagian belakang kenderaan dan sebelum gandar roda belakang.

5. Ia memberikan agihan berat yang terbaik untuk sebuah kenderaan, membolehkan ia mengambil selekoh dengan lebih mantap. Sayangnya, jika hilang kawalan, kereta berenjin tengah sangat sukar untuk dikawal semula kerana pusat graviti yang lebih rendah menjadikan ia sukar untuk berhenti dari berpusing 360-darjah.

6. Satu lagi masalah ialah kenderaan dengan enjin tengah akan mempunyai ruang kabin yang sempit kerana tempat enjin itu akan berebut dengan tempat duduk belakang. Kerana itu, kereta berenjin tengah selalunya tidak mempunyai tempat duduk atau mempunyai tempat duduk yang muat untuk dua orang dewasa tanpa kaki. Antara contoh terbaik ialah Toyota MR2 (gambar atas) atau Porsche Cayman.

7. Enjin Hadapan (Front Engine) ialah apa yang digunakan oleh 98 peratus kenderaan di dalam pasaran sekarang. Dan dari jumlah itu, 90 peratus adalah kenderaan Pacuan Roda Hadapan (FWD) dan kesemua itu patut berterima kasih kepada Austin Mini (gambar atas) yang mempopularkan kedudukan tersebut. 

8. FWD dengan enjin di hadapan adalah konfigurasi paling selamat kerana ia mudah dikawal. Jika selekoh diambil terlalu laju, besar kemungkinan ia cuma akan understeer (tidak mahu membelok dengan secukupnya) dan cara untuk keluar dari situasi itu ialah dengan mengangkat kaki dari pedal pendikit. Mudah.

9. Kereta RWD dengan enjin di hadapan pula memberikan imbangan berat yang lebih baik dan membenarkan aksi drift dilakukan tetapi ia mahal untuk dibina, memakan ruang kabin dan menggunakan bahan api yang lebih banyak. Kerana itu RWD dengan enjin di hadapan masih lagi khusus untuk kenderaan mewah dan kereta sport. Contoh terbaik ialah BMW 3-Series ke atas, Toyota GT86 dan banyak lagi. 

10. Pemilihan lokasi enjin bergantung kepada genre kenderaan itu dan juga kepada harga yang disasarkan. Pastinya, kenderaan biasa akan menggunakan platform enjin di hadapan tetapi jenama-jenama mewah dan prestasi masih merasakan lokasi enjin di belakang atau di tengah mempunyai sifat yang lebih premium.

Sumber: Careta.my

Nissan Kuala Terengganu
Mazani-0139900147

www.nissankt.com
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Twitter: @nissanktrg

10 POINT – KENAPA ENJIN ADA YANG DI DEPAN, DI TENGAH DAN DI BELAKANG?
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on google
Google+
Share on email
Email
Share on whatsapp
WhatsApp

In Nissan, Car We Sell With Accessories Package, Attractive Rebates & Trade-In Warranty Savings. T&C Apply. Dynamic Design, Advanced Safety, Innovative Features & Luxurious Comfort. 5 Years Warranty* Test Drive Gift* Attractive Savings* Types: Sedans, MPVs, Crossovers, SUVs, Pickup, Electric, Hybrid

Intelligent Driving

More Confidence

Imagine a whole new driving experience, moving through life with greater confidence, excitement and connection to the world around you.

Intelligent Power

More Exciting

This is Nissan Intelligent Mobility, and it’s already a reality in Nissans you can drive today – in cars that park themselves, watch what’s happening around you, and step in to keep you out of trouble.

Intelligent Integration

More Connected

Now imagine a near future with cars that can actually learn from one another and EVs that recharge as they drive along, no strings attached.

Testimoni

Panel Bank

Tinggalkan pesanan

HUBUNGI SAYA

 No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt

0
Case Submit
0
Loan Aproved
0
Happy Customers
Dapatkan promosi hebat dari kami Nissan Kuala Terengganu.
Pelbagai hadiah menarik dan tawaran istimewa menanti anda!
kami menyediakan perkhidmatan perunding jualan Nissan dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan pinjaman bank dan sebgainya.

Jaringan Lain

Scroll to top