APA ITU NCD DAN BAGAIMANA NCD BERFUNGSI - Nissan Kuala Terengganu

APA ITU NCD DAN BAGAIMANA NCD BERFUNGSI

Hi,Saya Mazani
Certified Nissan Professional

DISKAUN TERTINGGI

TRADE IN DITERIMA

HARGA TRADE IN TERTINGGI

PENGHANTARAN PERCUMA

DOOR 2 DOOR SERVICE

INTEREST RENDAH

APA ITU NCD DAN BAGAIMANA NCD BERFUNGSI

NCD dalam insurans kereta yang bermaksud ‘No Claim Discount’ ialah sejenis ganjaran dalam bentuk diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans untuk pemilik kereta yang tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun. Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan, semakin tinggi diskaun yang akan anda dapatkan setiap tahun sehingga maksimum 55%. Peranan NCD adalah untuk mengurangkan premium insurans yang pemilik kereta perlu membayar untuk setiap tahun. Oleh demikian, dengan adanya NCD, pemilik kereta boleh membayar insurans dengan harga yang rendah.

Macam mana dapatkan NCD?

NCD adalah diberi secara automatik semasa anda memperbaharui polisi insurans kereta anda. Untuk mendapatkan diskaun NCD, anda perlu memenuhi syarat satu tahun tanpa tuntutan. Ini bermaksud, jika anda membeli polisi insurans kenderaan untuk pertama kalinya, polisi tersebut tidak akan dapat NCD. Anda cuma akan menikmati diskaun sebanyak 25% semasa anda memperbaharui polisi itu setelah tahun pertama.

Seterusnya, jika anda terus tidak membuat sebarang tuntutan untuk tahun kedua (iaitu dua tahun tanpa tuntutan) maka diskaun anda akan meningkat ke 30% semasa pembaharuan polisi untuk tahun ketiga. NCD ini akan meningkat setiap tahun sehingga tahun keenam di mana NCD akan mencapai 55% dan kadar NCD ini akan kekal di 55% untuk tahun yang berturut-turutnya.

Berapakah penigkatan NCD setiap tahun?

Kadar NCD untuk Private Car
Tahun Pertama0%
Tahun Kedua25%
Tahun Ketiga30%
Tahun Keempat38.33%
Tahun Kelima45%
Tahun Keenam dan ke atas55%

Apa pula akan terjadi jika saya terpaksa melakukan tuntutan?

Contohnya, pada tahun ketiga semasa NCD anda adalah 30%, anda ditimpa kemalangan dan terpaksa membuat tuntutan dari pihak insurans untuk membaiki kenderaan. Maka, semasa pembaharuan polisi, NCD anda akan kembali kepada 0% seperti tahun pertama kerana anda telah membuat tuntutan dan tidak layak mendapat NCD yang seterusnya (NCD 38.33%). Selepas ini, NCD anda akan bertambah setiap tahun lagi mengikut jadual yang sama jika tiada tuntutan dibuat.

Oleh itu, sekiranya kos membaiki kereta hanya sedikit ataupun tidak melebihi jumlah NCD yang bertahun-tahun, anda boleh bayar saja dengan menggunakan wang sendiri. Ini adalah sebab jikalau membuat tuntutan dari pihak syarikat insurans dan kemudiannya kehilangan NCD, anda sebenarnya kehilangan wang yang lebih berbanding dengan membayar dengan wang sendiri.

Adakah saya akan kehilangan NCD jika saya membuat tuntutan?

Tidak semestinya.

No-Fault Damage: Contohnya, anda terbabit dalam kemalangan jalan raya dan membuat tuntutan insurans. Akan tetapi, punca kemalangan ini bukan akibat kecuaian anda dan disahkan dalam keputusan sarjan polis, maka NCD anda tidak akan terjejas. Syarikat insurans anda akan membantu anda membuat tuntutan pihak ketiga daripada syarikat insurans pemilik kereta yang menyebabkan kemalangan tersebut.

Windscreen Coverage: Sekiranya anda ada add-on membeli windscreen cover, anda tidak akan kehilangan NCD semasa membuat tuntutan cermin. Sebaliknya, jika anda tidak membeli windscreen cover dan membuat tuntutan cermin, maka NCD anda akan terjejas.

Bolehkah saya pindah NCD ke kenderaan lain?

Boleh. Terdapat tiga cara di mana anda boleh memindahkan NCD anda ke kereta anda yang lain.

Cancellation of policy: Apabila anda menjual kereta anda dan kemudiannya membeli yang baru, anda boleh menamatkan polisi kereta lama anda dan menggunakan NCD dari kereta lama tersebut di kereta baru anda.

Polisi kereta lama sudah tamat: Sekiranya anda telah menjual kereta lama anda untuk seketika dan polisi tersebut sudah tamat tempohnya, anda boleh terus menggunakan NCD tersebut untuk kereta baru anda.

NCD withdrawal: Sekiranya anda tidak menjual kereta lama dan membeli kereta baru, anda pun masih boleh pindahkan NCD anda dari kereta lama ke kereta baru anda. Contohnya, kereta lama anda mempunyai NCD sebanyak 55% dan anda membuat keputusan untuk memindahkannya ke kereta baru. Syarikat insurans kereta lama akan membuat NCD withdrawal dari polisi kereta lama anda. Selepas itu, NCD 55% tersebut boleh digunakan di kereta baru anda dan NCD kereta lama anda akan kembali ke 0%. Oleh sebab NCD kereta lama sudah tiada, anda perlu membayar bakinya. Biasanya, jika kereta baru yang anda beli harga insuransnya adalah lebih tinggi dari harga insurans kereta lama sebelum NCD, anda digalakkan untuk pindahkan NCD ke kereta baru kerana lebih berjimat.

Apakah yang terjadi kepada NCD saya sekiranya tidak digunakan? 

Sekiranya anda telah menjual kereta anda dan tidak membeli kereta yang baru, maka NCD anda akan dibiarkan sahaja. Setiap tahap NCD boleh bertahan selama satu tahun sahaja. Ini bermaksud, kalau anda mempunyai NCD sebanyak 55% semasa anda menjual kereta anda, setelah mencapai satu tahun dan NCD anda masih tidak digunakan di atas mana-mana polisi kereta, NCD 55% tersebut akan turun setahap ke 45% dan seterusnya setiap tahun sehingga 0%.

Bolehkah saya memberi NCD saya kepada orang lain?

Tidak boleh. NCD adalah teriikat kepada IC pemilik kereta masing-masing dan tidak dapat dipindahkan antara nombor IC yang berlainan.

Di manakah saya boleh menyemak NCD saya?

Anda boleh nampak NCD yang diberi di atas polisi kereta anda. Sekiranya polisi anda tidak bersama anda, anda juga boleh menyemak di laman web ini dengan hanya masukkan nombor kereta dan nombor IC anda.Untuk sebarang pertanyaan ataupun nak memperbaharui insurans kereta anda, bolehlah emel kami ataupun Whatsapp/call 013-9900147.

Semoga bermanfaat.

Nissan Kuala Terengganu
Mazani-0139900147

www.nissankt.com
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Twitter: @nissanktrgpromosi nissan, – CARA INTERCHANGE NOMBOR PLATE KENDERAAN – cara-cara untuk INTERCHANGE/TUKAR NOMBOR PLATE KENDERAAN.

APA ITU NCD DAN BAGAIMANA NCD BERFUNGSI
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on google
Google+
Share on email
Email
Share on whatsapp
WhatsApp

In Nissan, Car We Sell With Accessories Package, Attractive Rebates & Trade-In Warranty Savings. T&C Apply. Dynamic Design, Advanced Safety, Innovative Features & Luxurious Comfort. 5 Years Warranty* Test Drive Gift* Attractive Savings* Types: Sedans, MPVs, Crossovers, SUVs, Pickup, Electric, Hybrid

Intelligent Driving

More Confidence

Imagine a whole new driving experience, moving through life with greater confidence, excitement and connection to the world around you.

Intelligent Power

More Exciting

This is Nissan Intelligent Mobility, and it’s already a reality in Nissans you can drive today – in cars that park themselves, watch what’s happening around you, and step in to keep you out of trouble.

Intelligent Integration

More Connected

Now imagine a near future with cars that can actually learn from one another and EVs that recharge as they drive along, no strings attached.

Testimoni

Panel Bank

Tinggalkan pesanan

HUBUNGI SAYA

 No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt

0
Case Submit
0
Loan Aproved
0
Happy Customers
Dapatkan promosi hebat dari kami Nissan Kuala Terengganu.
Pelbagai hadiah menarik dan tawaran istimewa menanti anda!
kami menyediakan perkhidmatan perunding jualan Nissan dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan pinjaman bank dan sebgainya.

Jaringan Lain

Scroll to top